Operasi tentera laut Artik Perang Dunia II

Operasi laut Artik Perang Dunia II
Sebahagian daripada Medan Timur Perang Dunia II

Peta kawasan aktiviti tentera laut terhebat
Tarikh6 September 1939 – 29 April 1945
Lokasi
Keputusan Kemenangan Pihak Bersekutu
Pihak yang terlibat
Jerman Nazi Jerman
 Finland (sehingga 1944)
 United Kingdom
 Kesatuan Soviet
 Amerika Syarikat
Norway
Poland
Komandan dan pemimpin
Jerman Nazi Hermann Göring
Jerman Nazi Erich Raeder
Jerman Nazi Karl Dönitz
Jerman Nazi Eduard Dietl
Jerman Nazi Lothar Rendulic
Jerman Nazi Franz Böhme
United Kingdom Dudley Pound
United Kingdom Andrew Cunningham
United Kingdom John Tovey
United Kingdom Bruce Fraser
Kesatuan Soviet Nikolai Kuznetsov
Kesatuan Soviet Arseniy Golovko
Kesatuan Soviet Valerian Frolov

Bulatan Artik yang menentukan "matahari tengah malam" merangkumi Lautan Atlantik dari pinggir utara Iceland ke Selat Bering di Lautan Pasifik.[1] Aktiviti ketenteraan dalam kawasan ini antara tahun 1939 dan 1945 sering kali dianggap[note 1] sebahagian daripada Pertempuran Atlantik atau Kancah Eropah. Navigasi sebelum perang tertumpu pada perikanan dan perdagangan bijih antarabangsa dari Narvik dan Petsamo. Penempatan Soviet disepanjang pantai dan sungai-sungai Laut Barents dan Laut Kara bergantung pada pengangkutan bekalan musim panas dari stesen keratapi di Arkhangelsk dan Murmansk. Pihak Soviet Union memperluas Laluan Laut Utara melewati Semenanjung Taymyr ke Selat Bering pada tahun 1935.[2]

Perang Musim Sejuk tahun 1939-1940 antara Finland dan Soviet Union membuka[3] sisi utara medan timur Perang Dunia II. Kehadiran tentera laut di Artik[note 2] pada awalnya didominasi oleh Armada Utara Soviet yang terdiri dari beberapa buah kapal pembinasa dengan sejumlah besar kapal selam, kapal penyapu ranjau, dan bot torpedo yang disokong oleh kapal pemecah air batu. Kejayaan pencerobohan Jerman ke atas Norway (April hingga Jun 1940) menyediakan Kriegsmarine dengan pangkalan laut di mana kapal utama dapat mencabar unit-unit Armada Tanahair Royal Navy British. Pesawat anti-perkapalan Kampfgeschwader 26 (KG 26) dan Kampfgeschwader 30 (KG 30) Luftwaffe beroperasi sementara dari lapangan terbang Norway, manakala pesawat Küstenfliegergruppen termasuk Heinkel He 115 dan Blohm & Voss BV 138 melakukan peninjauan rutin.[4] Susulan pencerobohan Paksi ke atas Soviet Union yang bermula pada 22 Jun 1941, pihak Sekutu memulakan beberapa siri konvoi PQ dan JW untuk membawa bekalan ketenteraan kepada Soviet Union dalam bentuk kapal barang sambil dilindungi oleh kapal pembinasa, korvet dan kapal penyapu ranjau. Kapal kruiser pengiring biasanya berkemudi diluar formasi, sementara pasukan pelindung yang lebih besar seperti kapal tempur dan kapal induk sering berlayar berdekatan untuk menyerang kapal utama Kriegsmarine atau menyerang pangkalan laut Jerman di Norway.

Pihak Soviet Union dan Jerman masing-masing mengerahkan konvoi pesisir yang lebih kecil: untuk menjaga aliran bekalan ke pantai Artik Soviet, untuk mengangkut bijih besi strategik dari Scandinavia ke Jerman, dan untuk mempertahankan pasukan di kedua-dua belah pihak dari sisi utara medan timur. Konvoi Soviet melalui pesisir pantai untuk mengelak ais, manakala konvoi Jerman menggunakan fjord untuk menghindari kapal peronda Royal Navy. Kedua-dua pihak menumpukan usaha yang berterusan dengan memasang ranjau dan menyapu ranjau di laluan cetek dan sempit ini - yang terdedah kepada peperangan periuk api dan serang hendap kapal selam. Kapal penyapu ranjau dan pemburu kapal selam biasanya melindungi konvoi Jerman, manakala konvoi Soviet sering dilindungi oleh sampan penyapu ranjau dan perahu torpedo.[5]

Cabang Laluan Pasifik mula membawa barangan Pinjam-Pajak melalui Selat Bering ke pantai Artik Soviet pada Jun 1942. Bilangan pelayaran kapal kargo ke arah barat sepanjang laluan ini berjumlah 23 pada tahun 1942, 32 pada 1943, 34 pada 1944 dan 31 selepas Jerman menyerah kalah pada Mei 1945. Jumlah tanan ke arah barat melalui Selat Bering ialah 452,393 - berbanding 3,964,231 tan barang perang Amerika Utara yang dihantar melintasi Atlantik ke pelabuhan Artik Soviet.[6] Sebahagian besar dari laluan tanan Artik berbentuk bahan bakar untuk lapangan terbang Siberia di laluan udara Alaska-Siberia.[7]

  1. ^ Kher, Aparna. "What Is Midnight Sun or Polar Day?". timeanddate.com. Dicapai pada 18 April 2020.
  2. ^ Drent, Jan Commercial Shipping on the Northern Sea Route p. 4
  3. ^ Citino, Robert. "White Death". The National WWII Museum. Dicapai pada 18 April 2020.
  4. ^ Wood & Gunston pp. 64–75
  5. ^ Suggs, Robert C. (1986). "Soviet Subs in Scandinavia: 1930 to 1945". Proceedings. United States Naval Institute. 112 (3): 100–106.
  6. ^ Vail Motter pp. 481–482
  7. ^ "Arming the Soviets". Columbia Magazine. Dicapai pada 2012-07-13.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search